Saturday Night - Food Fiesta & Cultural Night @ Restoran BTC (Inanam Branch), Kota Kinabalu, Sabah
Sunday, September 10, 2017
"GOOD TIME STARTS WITH GREAT FOOD"
ENTERTAINMENT | BUFFET | HALAL MART | "EXPERIENCE YOURSELF" | HANDICRAFT
Assalamualaikum reader(s) .. pada 09 September 2017 lalu, geng Sabahan Blogger berkesempatan untuk memenuhi undangan dari pihak BTC untuk merasai pengalaman di Food Fiesta & Cultural Night @ Restoran BTC Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Setiap hari Sabtu dari jam 7 Malam - 11 Malam.
Selain dari menjual pelbagai barangan tekstil, BTC juga merupakan salah satu katerer makanan di Sabah.
Boleh jenguk official website dan laman sosial BTC Group untuk maklumat lebih lanjut kat sini :
Website : www.btc.com.my
Facebook : Kumpulan BTC Berhad
Instagram : Kumpulan_BTC_Berhad
Pelbagai menu yang dihidangkan pada malam tersebut, mengetengahkan menu India, Melayu, Chinese & Western. Rambang mata Nat melihatnya memilih makanan yang tekak nak western, perut nak tradisional.
Terdapat maskot dan badut lucu yang menghiburkan untuk memeriahkan suasana majlis, kanak-kanak semestinya teruja dengan penampilan khas tersebut.
Sambil makan, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan tarian yang menampilkan tarian dari pelbagai etnik.
Pengunjung juga dijemput untuk menari bersama ^_^
Join ba kalau brani 😏 |
Tidak lupa juga persembahan busking yang turut menceriakan malam itu.
Menarik bukan ? Jangan tengok sejaa, JOM PIGI !! 😃 sini @ Bangunan Darul BTC 28, Jalan Burung Keleto, KM 8, Off Jalan Tuaran Bypass, 88450 Inanam, P.O. Box 14180, 88847, Kota Kinabalu, Sabah
0 comments