HOME ABOUT TUTORIAL FREEBIES OTHERS

Pengalaman Kali Pertama Cabut Gigi | Gigi Geraham Bongsu





hari ni rasa happy sangat sebab . . .  first, dah cabut gigi geraham bongsu yang menderitakan tu and second dapat lawan perasaan takut jumpa dentist .. haha,  dari darjah lagi memang takut dengan dentist ni .. tak tahan dengan bau ubat-ubatan yang meloyakan tu , alat-alat yang menyeramkan lagi .. and last takut kena marah .. so, malam ni natrah nak share pengalaman kali pertama cabut gigi , bukan sebab buruk ya, gigi tu dah over tumbuh dalam mulut ni sampai takda ruang dah . dia tu gigi gerham tapi tumbuh macam gigi taring kat hujung skali(*kalau rajin search kat google ja la) . jadi kalau natrah tutup mulut, pipi natrah yang tembam ni tegigit dan tecucuk . disebabkan terlampau lama dibiar(*sebab takut cabut gigi) pipi sebelah dalam tu dah belubang(*kecik ja) sampai la terjadinya ulser .

 sebelum  ni natrah ada buat research pasal gigi gerham bongsu ni (*untuk persediaan). . ada blogger yg share pengalaman dorang cabut gigi ni, baca punya baca seram jugak rasanya sebab tu kira pembedahan kecil  nak cabut si bongsu ni .. first kena x-ray dulu lepas tu dah tau kedudukan gigi tu mcm mana baru boleh cabut . prosedur mencabut gigi tu lagi la seram gusi kena belah , lepas dah cabut jahit . tempoh sembuh pulak lebih kurang 5-10 hari gituu ..then kos pulak ada yang sampai rm200-rm500 lebih . <---- ni semua hasil bacaan natrah dari blog lain la.. siap bagitau kat ibu lagi suru bawa duit banyak2 takut telebih mahal lagi .. haha 

tapi apa yang natrah lalui sebaliknya pulak .. macam cabut gigi yang biasa tu dan yang paling best sekejap ja kena baring kat kerusi tu, tak sempat pun hidu bau ubat-ubat yang meloyakan tu .. kalau tak, hmmm memang tekeluar isi yang dalam perut ni .. haha menunggu sebelum kena panggil tu memang terlampau-lampau lamanya, sampai ibu di sebelah boleh terlelap sekejap ..  yang aku ni nervous bukan main, ibu becakap hirau tak hirau ja . sebab masa tu aku sibuk selawat banyak-banyak supaya tenang, haha .. tunggu punya tunggu tiba la giliran aku .. hehe, panggilan pertama kena suntik kebas ja dulu . rasa kena suntik tu adalah sakit sikit, masih boleh tahan lagilah . doktor suru duduk luar tunggu di panggil balik. then panggilan kedua tu dah  tiba masanya untuk mencabut gigi .. sebelum kena baring tu aku sempat lagi tanya kat doktor ..

aku : doktor nampak ka juga gigi ku yang di hujung tu ..(*sebab ak fikir masa tu kenapa mcm senang ja dr. ni mau cabut gigi ni, sedangkan dlm blog tu lain ceritanya)
doktor : aii, nampak la ba . saya kan doktor, saya tau la..
aku : bukan dr. sebab saya nda nampak tu gigi, tetapuk dia
doktor : ko ada apa , saya ada cermin ni .. memang la ko nda nampak(*sambil tu dr p amek cermin and ntah apa benda tuk cabut gigi tu)
aku : (*ketawa sambil mulut menganga)

baru baring kejap dr tu baca bismillah, gigi dah tecabut .. hah, memang tiada rasa lansung . cuma dengar la bunyi macam benda yang tecabut  dari akar tu .. tapi memang lansung tiada rasa pa2 .. siap tanya lagi dengan doktor tu sudah ka belum .. yang pembantu doktor tu pulak masi dihantui dengan soalan ku yang pertama tu, dia cakap soalan ku tu tak logik.. sebab "doktor ba tu" katanya .. natrah ni kalau dah gementar memang sembarang ja becakap .. haha, kalau doktor tu terasa or kecil hati minta maaf la .. sebab tadi tak sempat minta maaf, sempat cakap terima kasih ja . hee lepas tu p kaunter bayar .. mau tau berapa kosnya ? haa .. kakak tu cakap, "kalau c natrah ni tiga lima ya kak" aku sangka situ rm350 rupanya rm35 jak(*sebab masi student) .. baru ibu senyum2 sebab sebelum ni ak risau betul pasal bayaran tu .. ahah .. begitula kesudahannya .. 

happy ending kann ..

maybe yang kos sampai ratus-ratusan ringgit tu begantung pada keaadan gigi la tu kot, sebab gigi natrah ni dah tumbuh dengan sempurna, tu la sampai pipi belubang .. kalau yang masih dalam gusi tu memang kena belah la .. and depends dari klinik tu la jugak .. so, lepas ni tak takut dah jumpa dentist haha .. klinik tu namanya Klinik AN-NUR .. lokasi berdekatan dengan pasar tanjung Tawau ni, kat bangunan belakang .. ada dua klinik gigi kat situ dan besebelahan ja . sebelah tu pula KLINIK DR ANINA .. terpulang la sebelah mana yang menjadi pilihan gigi . heeee .. so lepas ni natrah suggest siapa yang takut2 tu p la ke klinik tu .. sebab natrah ni dah cukup penakut untuk jumpa dentist tapi rasa selamat kat situ .. sekiann ..