HOME ABOUT TUTORIAL FREEBIES OTHERS

Borneo Cyber Security Challenge 2017


setelah sekian lamanya ~~~ Natrah awkward sikit rasanya nak post entry kali ni sebab lama dah tak update and follow up pasal blog sebelum ni .. kalau ada post pun sebab join contest ja .. tapi semangat dan azam baru dan aura positive tarik semula diri ni untuk aktifkan semula .. Inshaallah 

Okeh ni mau share contest kira besar la juga kat UMS tapi lalu dah .. Pada 8-9 April 2017 yang lalu, Fakulti Komputeran dan Informatik UMS dengan kerjasama SKMM telah mengadakan Borneo Cyber Security Challenge 2017 bertempat di Dewan Pusat Kuliah Ke-2 .. banyak bengkel yang dianjurkan .. rugi juga sebab Natrah tak dapat join , lambat ada kesedaran mau join  dah hari kejadian baru menyesal macam best-best ja bengkel tuh ... -_- 


No automatic alt text available.
Pengisian bengkel yang dianjurkan
Menarik bukan ? Best ba ni , jarang-jarang juga dibuat .. Dapat juga tambah tu pengetahuan dalam bidang IT ni .. Inshaallah kalau ada anjuran macam ni , JOIN !   ~ hari tu join juga , tapi sebagai AJK ja . . AJK Makanan .. hee , tugas yang santai .. 

Alhamdulillah kumpulan TMS Lab dari UMS berjaya dan dinobatkan sebagai Juara bagi Forensic Challenge dan mendapat wang tunai sebanyak RM3000 .. dan kumpulan Mr. Robot dari UMS mendapat tempat ketiga bagi Hack and Defense Competition mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM1000 .. 

Dengan adanya anjuran seperti program dan bengkel sebegini inshaallah akan menambahkan semangat anak muda serta Natrah sendiri untuk menguasai bidang ini .. 


Muka-muka kenyang semua




Segmen Bloglist by Saghah





KLIK BANNER UNTUK JOIN



JOM JOIN ~~ Ada hadiah misteri untuk TOP REFERRAL tau....