Suasana di
Restoran Kayu Manis begitu sibuk dengan kehadiran pelanggan yang tidak
habis-habis berkunjung di restoran tersebut.Walaupun restoran itu telah lama
ditubuhkan namun hidangan yang disediakan masih tidak dapat dilupakan oleh
penduduk Merotai Besar.Di suatu sudut restoran tersebut kelihatan seorang perempuan
sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.Entah berapa kali pelayan restoran itu datang untuk
mengambil order.Dia melihat ke arah
jam yang terdapat di dinding restoran itu dan kemudian seperti mencari kelibat
seseorang.Tiba-tiba dia tersenyum apabila dua orang perempuan sedang berjalan
menghampirinya.
“Wei! Kau tahu kah sudah jam berapa aku tunggu kamu?
Mahu berkulat sudah aku menunggu kamu tahu kah.” Dua orang perempuan itu hanya
tersenyum dan terus mengambil tempat duduk di sebelah Aesya.
“Sorrylah
tadi aku tunggu si Mairah ni.Lambat betul dia siap.”Haiza menunding jari ke arah
Umairah.
“Yalah..yalah..lain kali aku tak lambat lagi.Mana
yang lain? Belum lagi sampai kah?” Mata Umairah sibuk mencari kelibat
rakan-rakan mereka yang lain.
Aesya mengangguk.
“Laa..kalau aku tahu ada yang lebih lambat dari kami
dua..lambat-lambat tadi aku datang tau”.Umairah mula merungut.
“Jangan nak mengada-ngada ya…aku cukup malu sudah di
sini ni.Entah berapa kali sudah pelayan tu datang mahu ambil order.Aku rasa dah penat dah dia tu.”
“Patutlah mukanya tu macam tak puas hati ja aku
tengok.”Haiza ketawa mengejek.
“Ana asif…tadi
aku pergi Desa Subur jemput Raini..kesian dia tak ada yang mahu jemput
dia,bapaknya ke Bandar”.Seorang wanita berjubah hitam duduk di sebelah Haiza.
“Tak apa Qiha…Eh! mana si Raini?” Tanya Haiza.
“Dia tunggu si Izara dengan si Farah di luar.”
“Maaf geng kami lambat..maklumlah tetamu ke hormat
kan..hahaha..”. Farah,Izara dan Raini datang menghampiri mereka berempat.
“Tetamu ke hormat konon….nak muntah rasanya aku ni.”Haiza
menunjukkan aksi ingin muntah di hadapan Farah.
“Eh! Far..kau tak telefon si Mirna kah..?” Farah
hanya menggelang.
“Kenapa kau tak telefon…jadi bolehlah dia join
sekali perbincangan kita sempena cuti semester ni.” Aesya menunjukkan muka
kesal.
“Aku mana tahu nombor dia..aku ada nombor lama dia
ja..ha! macam mana.”
“Sejak dia pindah ke Kolej Vokasional masa tingkatan
4..jarang dia berhubung dengan kita.”Raini menyatakan kesedihannya atas sikap
Mirna yang seperti ‘kacang lupakan kulit’ baginya.
“Dah…dah..kita datang sini bukan mahu
sedih-sedih..kita datang mahu bincang pasal kerja ok..biarlah dia..kalau dalam
hati dia masih ada terukir nama kita semua..dia balik lah tu.” Aesya menenangkan
hati kawan-kawannya.
“Ok…cepat pesan aku dah lapar ni.” Haiza memanggil
pelayan restoran yang dari tadi hanya memerhati mereka.
“Ha! doktor Haiza nak belanja kita kah?..aku dah tak
sabar nak pesan banyak-banyak ni,”gurau Faqiha.
“Err..kamu…
“Betul bah ni…kalau begitu aku mahu pesan nasi
goring pataya satu.” Raini menyampuk.
“Wei..aku mana ada duit..aku baru belajar..belum
lagi jadi doktor…nanti kalau sudah jadi doktor kamu pesan lah apa-apa aku
belanja.”
“Dia dah mula dah..”.
Haiza yang
menyedari isyarat dari Aina mula diam.
“Ok aku tak over
lagi..aku tak tahu kenapa tak boleh ubah sikap ni..dari tingkatan 4 lagi.”
Aesya hanya
menjongketkan bahu.Begitu juga dengan Umairah.Setelah siap memesan semua
makanan yang hendak di makan.Mereka mula berbincang mengenai kerja yang akan
mereka lakukan sempena cuti semester.
“Ana asif…ibu
ku tidak benarkan aku kerja..aku sepanjang cuti semester ni tinggal di
Balung..maaf sekali lagi.” Aesya mengangguk tanda memahami situasi yang di
alami oleh Faqiha.Dia tahu Faqiha sekarang tidak sama dengan Faqiha semasa
tingkatan 3…Faqiha sekarang adalah Faqiha yang baru.Faqiha yang sangat alim antara mereka semua.Insya-Allah dia pun ingin menjadi
seperti Faqiha dan Raini.Tapi..entahlah bila.
“Aku pun tak boleh lah”.Izara yang dari tadi hanya
sibuk bermain dengan telefonnya mula bersuara.
“Laa..yang kau ni dah kenapa..?” Aesya mengerutkan
keningnya.
“Kamu tahu kan..kakak aku kan ada kedai kek..jadi….
“Kau kena kerja dengan kakak kau lah ni?” Duga
Haiza.
Izara mengangguk.Umairah
dan Aesya saling berpandangan dan berbalas senyuman.Senyuman yang hanya mereka
berdua ja yang tahu.Mereka berdua ni memang rapat..sejak dari tingkatan 4
lagi.Jadi senanglah nak buat isyarat.
“Raini? Far?...kamu macam mana pulak?” Umairah mengajukan
soalan kepada dua orang sahabat yang hanya berdiam diri melihat perbualan
mereka.
“Ingatkan kamu lupa yang aku ada di sini.”Farah mula
merajuk.
“Alah Far..janganlah merajuk..kalau kau merajuk dah
tak comel dah..hihihihi..kalau aku ok ja Mairah..aku ikut kamu”. Raini memujuk Farah
sambil memberikan respon kepada pertanyaan Umairah.
“Aku tak boleh..mungkin aku pergi KK tempat kakak
ipar ku.”Akhirnya Farah bersuara setelah rajuknya semakin baik.
“Oooooo…ok..nampaknya aku,Raini,Umairah danHaiza ja
lah yang kerja di butik tu..baru ja nak ajak kamu semua.” Aesya menunjukkan
muka yang hampa.
Setelah pesanan
makanan mereka sampai.Semua terdiam membisu kerana menikmati keenakan makanan
yang di pesan oleh mereka.Mereka memilih resoran tersebut kerana keenakan masakannya
yang tak dapat dilupakan oleh setiap pelanggan yang hadir ke restoran tersebut.Ini
lah dia kehebatan Restoran Kayu Manis di Kampung Merotai Besar.
* * *
Udara pagi yang
nyaman dihirup oleh Umairah.Dia mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih di
berikan kesempatan untuk menghirup udara sesegar pagi itu.Dia mengambil kasut
yang berada di atas almari kasut dan terus memakainya.Dia melihat ke arah jam
di pergelangan tangannya.Jam menunjukkan pukul 5 pagi.Dengan sedikit aktiviti
regangan Umairah memulakan langkah untuk bersenam.Dia nekad untuk menguruskan
badannya yang semakin hari semakin bertambah.Apa tidaknya masa di universiti
dia hanya tahu makan sahaja tanpa sedikit pun memikirkan pasal dirinya yang
semakin berat.
“Umai! Umai!” Umairah menghentikan lariannya dan
terus memandang ke belakang untuk mencari empunya suara yang memanggil
namanya.Matanya menangkap susuk tubuh yang kini berada tepat di
belakangnya.Matanya terpaku.Dia kenal perempuan yang sedang berdiri di
hadapannya sekarang ni.
“Umai…Umai..ini aku Erni..kau tak ingatkah?”Perempuan
itu melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Umairah untuk menyedarkannya.
“Mesti…lah..aaa..ku ingat.” Tergagap Umairah
menjawab pertanyaan Erni.
“Bila kau datang sini?” Tanya Umairah.
“Baru ja aku datang…masa aku belok ke simpang masuk
rumah kau tadi,aku nampak kau tengah berjoging,jadi
aku letak kereta aku di tanah lapang tu..dan terus jumpa kau”. Erni memberikan
penjelasan kepada Umairah sambil jari telunjuknya menunding ke arah kawasan
lapang.
“Kejap..macam mana kau tahu rumah aku di sini?” Umairah
bertanya untuk mendapatkan kepastian daripada Erni yang pernah menjadi sahabat
baiknya suatu ketika dulu.
“Huh!..nantilah aku cerita..jomlah kita ke rumah mu.”
Erni menarik tangan Umairah.
“Eh!..aku nak….
“Alah…jom lah.” Belum sempat Umairah menghabiskan
kata-katanya Erni terlebih dahulu menarik tangannya dan terus berlalu.Umairah
hanya mampu berdiam.
Erni membukakan
pintu keretanya untuk Umairah.Tanpa membuang masa Umairah terus masuk ke dalam
perut kereta Erni.Umairah membuang pandangan ke luar seketika dan melihat
kelibat Haiza yang sedang berjogging
bersama dengan sepupunya.Haiza memberi isyarat tanda bertanya ke mana Umairah
ingin pergi.Umairah membalas isyarat dengan jari telunjuknya menghala ke arah
simpang rumahnya.Akhirnya Haiza hanya membalas dengan anggukan.
“Kau buat apa tu?” Erni yang hairan melihat tingkah
laku Umairah terus bertanya.Gilakah sudah dia ni.
“Ha!..Err…aku tengah guna bahasa isyarat dengan
kawan.” Umairah tersengih.
“Oh..Ok..” Erni memandu keretanya masuk ke dalam
simpang yang menghala ke rumah Umairah.
“So..which one
your house?” Erni bertanya sambil matanya mencari rumah Umairah.
“Aik! Cakap kau tahu rumah aku?” Umairah mengerutkan
dahinya tanda kehairanan.Dia ni biar betul.
“Ek eleh kau ni..aku tahu kau tinggal di kawasan ni
ja..tapi aku tak tahu rumah kau yang mana satu..lain lah kalau kau ja yang
tinggal di kawasan perumahan ni..senanglah aku nak cari.”
“Tu..yang ada pagar di hadapan tu.”Umairah
memuncungkan mulutnya ke arah sebuah rumah di pinggir tempat mereka berhenti
seketika.
“Wow..siap berpagar lagi rumah kau ya..what are wonderful..macam tahu-tahu pula
kereta aku..dia terus berhenti di sini.”
“Aku pergi buka pagar dulu.” Umairah segera keluar
dari kereta BMW milik Erni dan terus membuka pagar rumahnya.
Umairah
memberikan isyarat tangan kepada Erni untuk memasukkan keretanya ke halaman
rumah Umairah.Erni terus memakirkan keretanya
di sebelah Myvi kepunyaan Umairah.Sebaik sahaja Erni keluar dari
keretanya Puan Masitah terus meluru mendapatkan Erni.
“Umairah! kenapa tak bagi tahu mak yang Erni nak
datang.” Puan Masitah membantu Erni menurunkan begnya dari bonet kereta.
“Umai mana tahu mak..tup..tup..dia dah ada depan
mata Umai.” Umairah menjawab.
“Eh! Kejap.Kau nak tidur sini kah Erni?” Umairah
yang terkejut dengan beg yang dibawa turun oleh mamanya bertanya.
“Yalah aku nak tidur sini.Aku nak habiskan masa cuti
aku dengan kawan baik aku..apa salah nya..kan mak cik?” Erni memeluk tubuh
Umairah dan membuatkan Umairah merasa lemas.
“Ya..apa salahnya.” Jawab Puan Masitah.
“Ok.” Umairah membantu mengangkat beg kepunyaan
Erni.
Erni mengekori Umairah
dari belakang menuju ke arah bilik Umairah yang akan dikongsi dengannya.Masuk
sahaja dalam bilik Umairah, matanya terus membesar tanda mengagumi hiasan
dalaman bilik Umairah.Warna ungu lembut dan dihiasi dengan sedikit corak
membuatkan bilik itu menjadi tenang untuk dilihat.Erni mendekati meja belajar
milik Umairah.Dia tersenyum apabila melihat gambar Umairah bersama-sama dengan
adik-adiknya.’Nice’,detik
hatinya.Senyumannya terus hilang apabila melihat sebuah gambar yang tidak
menyenangkan hatinya.
“Umai, mereka ni siapa?” Erni menunjukkan gambar
tersebut kepada Umairah yang sedang sibuk mengemas biliknya.
“Oh..My
bestfriend..GS,” Umairah hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada Erni.
“Bestfriend?
GS? I don’t understand.” Erni mengaru
kepalanya yang tidak gatal.
“Geng Surau..Itulah gelaran untuk kami.Mereka adalah
rakan yang terbaik yang pernah aku jumpa sebelum ni”.
Erni mengetap
bibir.Geram.Marah.Sakit hati.Perasaannya bercampur baur saat itu.Dia meletakkan
kembali gambar itu di atas meja belajar milik Umairah.
“Oh…nice
picture.” Puji Erni dalam nada kurang puas hati.
“Thanks.”
Umairah menghadiahkan sebuah senyuman kepada Erni.
“Umai! Erni! Mari turun.Sarapan pagi dah siap!” Puan
Masitah berteriak dari tingkat bawah rumah Umairah.
“Jom.” Umairah mengajak Erni turun ke tingkat bawah
rumahnya.Erni tersenyum dan terus berjalan beriringan menuruni tangga ketingkat
bawah rumah Umairah.’Umai,aku takkan benarkan sesiapa pun rampas kau dari
aku.GS..tunggu dan lihat apa yang aku buat untuk pisahkan korang dari
Umairah’,getus hati Erni bersama dengan senyuman jahat.
* * *
“Tak boleh lah Erni,Aku kerja hari ni.Aku tak boleh
cuti hari ni”. Umairah sibuk mencari kunci keretanya.
“Alah…kejap ja..please,”
rayu Erni.
“Sorry..I
can’t.” Umairah melangkah turun ke tingkat bawah rumahnya untuk mendapatkan
keretanya dan rakan-rakannya yang sedang menunggunya.
Erni melihat
Umairah dan rakan-rakannya yang mesra berbual.Sebelum Aesya memasuki perut
kereta, dia sempat menghadiahkan senyuman kepada Erni tetapi hanya jelingan
yang dibalas oleh Erni.Aesya hanya mengangkat bahunya.Erni mendengus marah
apabila kereta Umairah sudah hilang dari pandangannya meninggalkan perkarangan
rumah.’Kenapalah cepat sangat kau lupakan kenangan kita bersama Umairah.Dulu
aku lah segala-galanya bagi kau.Walaupun masa tu tadika tapi aku dah anggap kau
macam adik aku dan kawan baik aku.Aku harus buat sesuatu.Ya! Harus!’,hati Erni
mula membisik jahat.
“Siapa tu?” Aesya melihat ke arah Umairah yang
sedang sibuk memandu.
“Siapa?Mana?” Umairah berpura-pura tidak mengetahui
soalan yang diajukan oleh Aesya.
“Kau ni..kang aku cepuk kang..kau marah aku..tu
perempuan di rumah kau tu.”
“Hahaha…aku main-main ja lah..dia tu Erni.” Mata
Umairah masih fokus dalam pemanduannya.
“Erni?Siapa?Sepupu kau kah?” Aesya masih ingin mengetahui mengenai
perempuan yang dilihatnya tadi.
“Kawan aku masa tadika.Habis ja dia tadika terus
pindah KL..dan sekarang dia balik lagi.”
Aesya hanya
mengangguk tanda faham.Selepas itu masing-masing mendiamkan diri sehingga
sampai di butik tempat mereka berkerja.
“Pejam celik…pejam celik..dah seminggu kita kerja di
sini kan.” Raini mengatur langkah masuk ke dalam butik pengantin.
“Ha’ah…betul tu Raini,”balas Haiza.
“Cubalah kita semua sama-sama kerja di sini kan best,” satu keluhan keluar dari mulut
Aesya.
“Iesya…tak payahlah kau nak menyesal…asalkan dorang
masih ingat GS..kita dah cukup bersyukur dah.” Umairah menenangkan hati rakan
yang agak rapat dengannya berbanding ahli GS yang lain.
“Tu lah..aku pun harap macam tu juga.” Aesya
melangkah menuju ke arah sepasang baju pengantin yang menarik perhatiannya dari
tadi lagi.
“Eh! Tak pernah aku tengok baju ni..semalam ada kah
di sini?” Aesya membelek-belek baju pengantin yang berwarna biru lembut.Amat
menyejukkan mata yang memandang.
“Oh…baju tu baru akak keluarkan tadi,” seorang
wanita yang agak tua sedikit dari mereka keluar dari dalam pejabat.
“Kak Laila!” Serentak nama itu terbit dari mulut
mereka berempat.
“Bukan akak tak kerja kah hari ni?” Umairah
mengajukan soalan kepada Kak Laila.
“Tak jadi..tu yang akak bergegas datang sini
tu..sekali akak datang.. satu batang hidung kamu pun akak tak nampak tau.”
Umairah,Aesya,Haiza dan Raini hanya tersenyum seperti kera sumbang.
“Dah…dah..tak payah nak buat senyum macam tu..pergi
sambung kerja kamu.” Laila mengatur langkah masuk kembali ke dalam pejabat
setelah mengambil barang yang diperlukannnya.
Mereka berempat
mula melakukan tugas yang telah di tetapkan.Masing-masing diam.Fokus pada kerja
yang di lakukan.Beberapa minit kemudian Raini bersuara.
“Kenapa kita tak ikut Zara kerja?” Tangannya sibuk
menyusun baju pengantin yang baru di keluarkan.
“Kau ni dah gila kah apa! Kan dia dah bagi tahu
dengan kita yang tempat kakak dia tu dah penuh orang..kau ni biar betul Raini.”
Umairah menyampuk.
“Oh ya bah pula kan…hahaha..Maafkan ana…ana
forget.” Raini menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum malu.
“Masa ni untuk kerja ..bukan main handphone Mairah.” Haiza menegur Umairah
yang sedang sibuk melihat mesej yang masuk.Umairah tersengih.
“Ni Erni..dia mesej aku.” Jawab Umairah.
“Kenapa dia mesej?” Aesya mula menyampuk dalam
perbualan mereka.
“Dia nak ajak aku lunch.” Selamba Umairah menjawab.
“Oh..jadi kau setuju lah?” Giliran Raini bertanya.
Umairah
menggeleng.
“Aku tak nak biarkan kawan-kawan aku makan tanpa aku
sebab tu aku tak setuju..lagipun aku rimas lah dengan dia..tak habis-habis nak
ikut aku ja..bosan tau.” Satu keluhan meniti di bibir Umairah.
“Kau dengan Erni tu pernah jadi kawan baik erk..?”
Haiza mula bertanyakan soalan.
“Ya..tapi masa tadika ja..lepas tu dah tak jadi
kawan baik..lepas ja dia pergi KL kami
berdua tak berhubung dah..bila aku buka facebooknya..dia
dah ramai kawan baik..jadi aku ambil keputusan tak payah ingat dia balik…sakit
tau hati ni.” Khusyuk mereka bertiga mendengar penjelasan yang keluar dari
mulut Umairah.
“Jadi..dia datang sini nak berbaik dengan kau balik
lah,” Aesya meneka.
“Entah..kalau berbaik sebagai kawan biasa tak rapat
aku tak kisah tapi kalau rapat aku tak mahu lah.” Terus terang Umairah menjelaskan
tentang perkara tersebut.
Aesya hanya
mendiamkan diri.Begitu juga dengan yang lain.Kembali fokus kepada kerja
mereka.Takut jika tidak dapat disiapkan.
“Wei kita makan di sana ja lah.” Haiza menghalakan
jari telunjuknya ke arah sebuah restoran yang tidak jauh dari tempat mereka
berdiri.
“Yalah…panas betul hari ni.” Langkah di atur menuju
ke arah restoran itu.
Seorang pelayan
restoran datang menghampiri mereka untuk bertanyakan pesanan mereka.Setelah
kesemua mereka memesan makanan dan minuman,pelayan tersebut terus jalan.
“Tak sangka betul hari ni panasnya begitu
mencengkam.” Aesya mengipas dirinya dengan menggunakan tangannya.Baginya kipas
yang dipasang di restoran itu tidak cukup untuk menampung kepanasan yang
membelenggu dirinya.
“Eh! Kejap.Aku nak ke tandas lah.Raini temankan aku
ke tandas.” Tangan Raini di tarik untuk membawanya ke tandas.
“Hai…Macam kenal je kamu berdua ni.” Haiza dan Aesya
memalingkan muka ke arah empunya suara tersebut.
“Hai…kenal kah?” Aesya tersengih.
“Korang berdua ni kawan Umairah kan?” Erni
mengajukan soalan kepada Aesya dan Haiza.
Soalan yang
diajukan oleh Erni hanya di balas dengan anggukan dari Aesya dan Haiza.
“Korang nak tahu tak..dulu aku lah segala-galanya
bagi Umairah..aku dan dia macam adik-beradik..tak macam korang..dia anggap
sebagai kawan ja..sampailah korang datang dalam hidup dia..Dia dah tak macam
dulu lagi..Dia..
“It’s your
fault..kau dah tinggalkan dia..Dan sekarang kau nak salahkan kami.” Aesya
memotong kata-kata Erni.
“Apa! Biasanya kalau perampas ni..hidup di tak
tenang..lama-lama aku akan menang juga..kita tunggu dan lihat saja nanti..ok.”
Dengan senyuman yang menjengkelkan Erni berlalu meninggalkan Haiza dan Aesya.
“Kau fikir taka pa yang aku fikir?” Haiza mula
bertanya.Dia merasa tidak sedap hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut
Erni sebentar tadi.
“Iesyah…Iesyah.” Haiza melambaikan tangan di depan
muka Aesya apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan oleh Aesya.
“Makanan dah sampai.” Seorang pelayan restoran
membawa makanan dan minuman yang dipesan oleh mereka.
“Letak ja di situ.” Haiza membantu pelayan tersebut
menyusun makanan di atas meja mereka.
“Terima kasih”,ucap Haiza.
“Jom makan!” Ajak Umairah yang sedang duduk di
hadapan Aesya.
“Jom.” Akhirnya Aesya bersuara.Dalam diam ada
kerisauan yang terbuku di hati kecilnya.Dia takut kalau GS akan
musnah.’Ya-Allah, kau lindungilah persahabatan kami’, doa Aesya dalam hati.
* * *
“Mana Mairah ni?” Haiza sibuk menekan telefonnya
untuk menelefon Umairah.
“Entah.Aku telefon pun dia tak angkat,”jawab Aesya
yang juga sedang sibuk mendail nombor Umairah.
“Aku ada dapat mesej!” Suara Raini yang sedikit
tinggi mengejutkan dua sahabat itu.
“Dari siapa?” Tanya Haiza.
“Umairah.” Mata Raini sibuk membaca mesej yang di
hantar oleh Umairah.
“Umairah cakap dia tak dapat ikut kita belanja hari
ni sebab mak dia sakit.” Ada sedikit kehampaan dalam nada suara Raini.
“Ok lah..jom kita ke Servey..aku nak beli baju,”
ajak Haiza.
Baju yang
tersusun elok di belek oleh Haiza.Apabila tiada baju yang berkenan di hatinya,
dia terus beralih ke arah susunan baju yang lain pula.Sesekali dia memandang ke
arah Raini dan Aesya yang juga sibuk mencari baju di tempat lain.Setelah
selesai memilih baju, dia mendekati Raini dan Aesya yang masih belum selesai
memilih baju.Mata Haiza melihat sekeliling, pada hari cuti ramai yang
mengunjungi pusat membeli-belah itu.Mata Haiza berhenti tepat ke arah dua orang
manusia yang tidak berapa jauh dari tempat mereka.Dia kenal dengan dua orang
perempuan itu.Salah satu daripada perempuan itu sangat dia kenali.’Mairah! Ya
aku yakin itu dia,’ detik hati Haiza.
“Wei! Itu Mairah kan.” Raini turut melihat kelibat
Umairah bersama dengan Erni apabila melihat mata Haiza tidak beralih dari
melihat ke hadapan.
“Ya..Tapi bukan kah mak dia….
“Dah..Aku rasa tak ada baju yang menarik perhatian
aku.Haiza, kau bayar baju kau tu dan kita terus keluar dari tempat ni.”Aesya
meimintas percakapan Haiza.matanya masih lagi tidak beralih dari tempat Umairah
dan Erni.Mereka mesra sekali.Hatinya terasa sedikit geram dengan sikap Umairah
yang telah menipu mereka bertiga.
“Aik! Tadi kau cakap nak cari baju di sana..sebab
baju di sana cantik sikit.” Raini mengerutkan dahinya.
“Tak jadi..dah cepat lah.Aku dan Raini tunggu kau di
bawah.” Aesya ingin berlalu tetapi dia merasa tangannya seperti di pegang
seseorang.Dia memalingkan muka ke belakang.
“Janganlah tinggalkan aku..korang tahu kan aku takut
naik escalator.” Haiza menunjukkan
muka kasihan.
Raini mula
menahan tawanya.Tetapi Aesya masih dengan muka yang serius.Geram lah tu.
“Pergi lah ke kaunter..bayar baju kau tu..kami
tunggu kau di sini.” Haiza mengangguk dan terus bergegas ke kaunter bayaran.
Aesya masih lagi
melihat kemesraan yang menunjukkan keakraban Umairah dan Erni.Raini yang
menyedari keadaan itu mengusap bahu Aesya.
“Iesyah..dah lah tu..mungkin dia salah hantar
mesej..janganlah di fikirkan sangat.” Raini juga melihat ke arah
Umairah.Sejujurnya hatinya juga berasa sangat sedih dengan apa yang telah
Umairah lakukan.Tapi dia hanya mahu bersangka baik sahaja walaupun hakikatnya
bukan seperti itu.Hanya dengan itu sahajalah hatinya akan menjadi tenang.
Selepas Haiza
membuat pembayaran, Aesya terus berjalan di hadapan Haiza dan Raini tanpa
berkata sedikit pun.Haiza dan Raini hanya menjongket bahu.
* * *
“Wei! Janganlah kita berdiam begini..dari dalam
kereta lagi kita diam ja..cakaplah sesuatu.” Haiza melaihrkan kegelisahannya.
“Kamu semua sampai hati pergi membeli-belah tanpa
pengetahuan aku…sampai hati kamu.” Umairah akhirnya bersuara.
“Bukan kah….
“Maaflah…kami tak sengaja…kami fikir kau tak dapat
datang..tu yang kami pergi tanpa kau tu”. Aesya memintas percakapan Raini.
“Yalah tu..kenapa tak telefon aku?” Umairah mula
merajuk.Serius memang comel membuatkan Raini dan Haiza mula menahan tawa.
“Alah..janganlah merajuk..tengok dah tak comel dah.”
Aesya mula mencubit pipi tembam Umairah.
“Tak nak!” Umairah membuang pandangan ke arah lain.
“Orang tua-tua cakap,kalau kita selalu marah atau
merajuk,kita cepat tua tau.” Raini mula mengusik Umairah.Umairah tersenyum.
“Lain kali jangan buat lagi tau.” Akhirnya Umairah
mengalah.
“Tahu takut.” Kata-kata Haiza membuatkan Umairah
ketawa.
“Oh ya..hari ni kamu balik guna bas lah ya sebab aku nak temankan mak aku
pergi shooping..aku kerja separuh
hari ja hari ni.” Umairah bersuara apabila ketawanya mula reda.
“Ok..kami tak ada hal.” Jawab Raini.
“Aku nak masuk dulu..nak ambil baju.” Umairah
meloloskan diri ke dalam pejabat Kak Laila.
“Aesya! Kenapa kau tak berterus terang ja?” Haiza
mengajukan soalan kepada Aesya.
“Kalau aku cakap macam tu..nanti kita tak bertegur
dalam masa yang panjang..kau nak tak?”
Haiza mula menggeleng.
“Betul juga tu.Nasib baik kau sempat potong
percakapan ku tadi.” Raini menyatakan persetujuannya terhadap pernyataan yang
di buat oleh Aesya.
Suasana sepi
mula menghantui mereka bertiga sebab Umairah telah pulang awal pada hari itu.Tiada
lagi mulutnya yang asyik nak bercakap ja tu.Rindu.Itulah perasaan mereka
sekarang.Kalau ada Umairah tak lah juga mereka macam sekarang ni.Masing-masing
sibuk dengan kerja.Bosan.Sunyi.Bercampur menjadi satu.Bunyi deringan telefon
Aesya mengejutkan mereka dari kerja yang di lakukan.Aesya menyambut panggilan
tersebut.Riak wajahnya mula berubah.Wajah Aesya yang tiba-tiba pucat itu
merisaukan Raini dan Haiza.Aesya menarik nafas untuk mengumpulkan kekuatannya.
“Aesya…Aesya..Kau ok kah?” Haiza mula mendekati Aesya.Begitu
juga dengan Raini.
“Haiza kau tolong telefon Qiha, Zara dan Farah.”
Permintaan Aesya mengejutkan Haiza.
“Ta..p..i…Kenapa?” Haiza bertanya.
“Call ja
lah!” Haiza mengangguk apabila suara
Aesya mula sedikit tinggi.
“Aesya cuba kau tenangkan diri..cerita dengan
aku..apa sebenarnya yang berlaku.” Raini menenangkan Aesya.
“Mairah…Mairah kemalangan.Sekarang dia koma.Kita
mesti pergi ke hospital sekarang.” Ada sedikit air mata di tubir mata
Aesya.Raini melepaskan gengaman tangannya pada tangan Aesya.Air mata mula
menitis.Haiza yang sedang sibuk mencari nombor telefon kawan-kawannya mula
berhenti apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Aesya.Umairah.Ya-Allah
kau selamatkanlah kawan aku.Hanya itu yang mampu di katakan oleh Haiza.Air mata
sudah tidak dapat ditahan lagi.
Suasana di
hospital sunyi.Hanya kedengaran bunyi air
cond sahaja.Mak Umairah masih lagi menahan tangisan di sisi suaminya.Erni
juga ada di situ.Suami Puan Masitah mengiringi isterinya ke tempat yang lebih
tersembunyi.Mungkin untuk menenangkan hati Puan Masitah.Erni yang duduk tidak
jauh dari mereka menjeling.Raini mencebik.Macam lah cantik sangat!
“Macam mana dengan keadaan Mairah? Dia ok?” Izara
yang baru datang mula mengajukan bermacam-macam soalan kepada Aesya.
“Dia koma.Masih dalam ICU.” Aesya menjawab lemah.
“Kita mesti tabahkan hati..ini dugaan Allah.” Faqiha
yang baru muncul mula bersuara.Farah berjalan di sebeblahnya.
“Far,kau tak ke KK kah?” Izara bertanya.
Farah
menggeleng.
“Entahlah..Akak aku belum suruh pergi lagi.” Jawab
Farah.
“Semua ni takkan terjadi kalau Iesyah,Haiza dan
Raini jaga Umairah baik-baik.” Mereka semua terkejut dengan kata-kata yang
keluar dari mulut Izara.
“Zara..Apa yang kau cakap ni?” Farah mula berasa
tidak senang hati.
“Ini semua salah korang!” Jari telunjuk Izara
menghala ke arah Aesya,Haiza dan Raini.
“Zara! Tak baik kau cakap macam tu..ini semua takdir
Allah.Kita tak boleh nak lawan.Ingat! Malang tu tak berbau.” Faqiha mula
bersuara.
“Kau jaga sikit mulut kau tu Zara.” Farah mula
meninggikan suaranya.
“Kenapa? Kau nak cari pasal dengan aku kah?” Izara
dan Farah mula bergaduh.
“Eh! Korang tak malu kah bergaduh di tempat macam
ni.Kawan kita ni sedang koma tau.Tolong lah hormat sikit.” Aesya yang dari tadi
diam mula bersuara.
Izara dan Farah
mula duduk di tempat masing-masing.Muka mereka masih lagi tegang.
“GS konon…haha..pasal hal macam ni pun masih sempat
nak gaduh.” Erni mula menyindir.Mereka semua melihat ke arah Erni.
“Oiii cik adik... tak sayang mulut kah cakap macam
tu?” Farah mula berdiri.
“What you say?”
Soalan Farah dibiarkan begitu sahaja.
“Ek eleh speaking
lah pulak..dia fikir ini negara orang puteh kah..ni mesti gagal BM masa SPM
ni…haha.” Farah tersengih.
“Kau fikir kau tu siapa nak cakap macam tu dengan
aku?” Erni mula berdiri.
“Siapa dia ni? Nak menyibuk urusan orang pulak
tu.Aih..Raini tahan aku..aku paling pantang betullah orang nak menyibuk urusan
GS ni.” Faqiha menahan tangan Farah.
“Dah lah tu.” Faqiha mula bersuara.
“Mana boleh dah..orang macam ni mesti di bagi
pelajaran ni.” Farah ingin melangkah menuju ke arah Erni tetapi ditahan oleh
Aesya.
“Far..kawal kemarahan kau tu.” Aesya mengusap bahu
Farah.
“Astgahfirullahalazim…bukan
aku ya yang tadi tu…bukan aku..syaitan tu.” Farah mula duduk kembali.
“Untuk pengetahuan kau..aku ni kawan kepada
Umairah.Kitorang dah lama berkawan.Lagi lama daripada kamu semua.” Erni
mengatur langkah keluar dari tempat menunggu pesakit.
“Aih..ni yang aku tak tahan ni..Farah calm down.” Farah menenangkan hatinya
sendiri sambil mengurut dadanya.
“Marilah sekarang kita berdoa..semoga Umairah di
selamatkan.” Mereka semua menadah tangan berdoa kepada Allah Yang Esa.
“Far..aku minta maaf pasal tadi tu..Iesyah,Haiza dan
Raini juga.Aku terlampau ikut perasaan.” Izara menundukkan wajahnya.
“Tak apalah geng..Bisalah tu.” Farah merangkul bahu
Izara.Mereka semua tersenyum lega.Dalam diam masih ada juga kerisauan yang
terbuku di hati mereka semua.
* * *
Mereka seakan
tidak percaya apa yang mereka dengar sebentar tadi.Takkan lah Puan Masitah tak
benarkan mereka untuk masuk ke dalam wad yang telah di tempatkan khas untuk
Umairah.Pada mulanya mereka tidak percaya dengan kata-kata Erni tapi bila
mereka dengar sendiri dari mulut Puan Masitah,mereka sedikit kecewa.Aesya masih
berfikir mengenai pebualannya dengan Kak Laila sebentar tadi.
“Bila Mairah berhenti kerja kak?” Tanya Aesya.
“Kelmarin dia berhenti Iesyah.Akak pun
terkejut.Tup..tup dah ada surat berhenti kerja masa akak balik dari lawat
Umairah.Nak katakana Mairah yang tulis..mungkin tak..”
“Mungkin mak dia kot.” Duga Aesya.
“Aku tak puas hati betullah.Apa pasal mak Mairah tak
benarkan kita masuk.Kita ni kawan dia kot.” Suara Farah yang sedikit kuat
menyentak lamunan Aesya.
“Far..cuba kau kawal sikit marah kau tu.Esok kita
cuba lah lagi.” Faqiha menghadiahkan senyuman kepada Farah.
“Aku bukan apa tau Qiha..Hati aku ni sakit tau
tak.Tapi tak apalah esok kita cuba lagi.” Akhirnya Farah dapat meredakan
sedikit rasa tidak puas hatinya.
“Aku hairanlah..kalau ya pun mak Mairah berhentikan
Mairah dari kerja..kenapa mak Mairah tak tunggu Mairah sedar.” Aesya mengeluh.
“Mungkin..
“Alahai kesiannya dorang ni..kenapa tak datang ke
wad Umai? Ops..salah cakap lah pulak.” Erni menghampiri mereka.
“Dia ni lagi.Tak habis-habis nak cari pasal.” Farah
mula berdiri.
“Erni..lebih baik kau jangan kacau kami.Kami yakin
dan pasti nanti kami akan di benarkan melwat Mairah.” Izara pula bersuara.
“Yakin…hahaha…stop
dreaming lah..sampai bila-bila pun kau takkan dapat masuk wad dia.” Dengan
ketawa yang sedikit menjengkelkan, Erni meninggalkan mereka.
“Aku rasa aku dah hilang sabar dah ni.” Belum sempat
Farah melangkah kepalanya bahu ditampar.
“Duduk!” Aesya mula menunjukkan muka yang serius.
“Alah janganlah buat muka begitu Iesyah..seram bulu
tengkuk aku ni.Takut aku.” Semua mereka senyum mendengar alasan Farah.
* * *
Selama Umairah
koma, mereka masih lagi tidak di benarkan untuk melawatnya.Mereka pun tidak
tahu apa sebabnya.Sejak dari itu mereka sudah jarang melawat Umairah.Hari ini
mereka semua nekad untuk melawat Umairah.Apa nak jadi jadilah.Langkah di atur menuju
ke wad di mana Umairah di tempatkan.Apabila pintu dibuka, mereka melihat katil
Umairah kosong.Aesya bergegas ke kaunter pertanyaan.
“Cik..Pesakit yang bernama Umairah Batrisya binti
Abdul Razak di tempatkan di mana ya?”
“Oh..Dia dah keluar dah kelmarin.” Senyuman Aesya
mati secara tiba-tiba.
“Oh.. Terima kasih ya cik.” Aesya melangkah ke arah
rakan-rakannya.
“Wad berapa si Umairah?” Raini bertanya.
“Dia dah keluar kelmarin.” Aesya duduk di kerusi
yang terdapat di situ dengan wajah yang
hampa.
“Aku terpaksa balik dulu..Abah aku telefon tadi
suruh balik.Sampaikan salam aku pada Umairah ya.Assalammualaikum.” Faqiha
melangkah pergi.
“Aku cadangkan kita pergi ke rumahnya lah.” Mereka
semua mengangguk tanda setuju dengan cadangan Izara.
Rumah dua
tingkat milik Umairah dipandang kosong oleh mereka.Masing-masing terdiam seribu
bahasa.Sudah banyak kali mereka memberikan salam namun tiada jawapan.Apabila
mereka ingin beredar, Puan Masitah memanggil mereka.
“Maaf lah mak cik sibuk tadi.” Puan Masitah membuka
pagar rumahnya.
“Pelik pula mak si Mairah ni..hari tu tak nak kita
jumpa anaknya..sekarang muka tu macam gembira ja.” Farah berbisik ke telinga
Izara.Izara mengangguk setuju.
Masuklah..Umai ada di dalam.” Mereka masuk ke
halaman rumah Umairah.Umairah keluar dari pintu rumah dengan muka yang serius
dan berkerusi roda.
“Mairah..kenapa kau tak bagi tahu kami yang kau
keluar hari ni?” Raini mendekati Umairah.Namun Umairah menjarakkan kedudukannya
dari Raini.Raini mengerutkan dahinya.
“Kenapa korang datang sini? Aku ingat korang dah
lupa aku dah.Baik korang balik lah.Tak payah lagi datang sini.Jangan cari aku
lagi.” Umairah menggerakkan kerusi rodanya.
“Apa yang kau merepek ni Mairah? Mestilah kami
datang.Kau kan kawan kami.” Haiza pula bersuara.
“Kawan? Apa maksud kawan bagi orang macam kamu semua
ni?! Aku sedang berjuang dengan hidup aku..entah aku boleh hidup ke tak
lagi..ada korang semua bagi semangat dekat aku? Ada korang datang jumpa aku?!
Kamu tahu kah..pada saat tu aku sangat perlukan sokongan kamu selain dari mak
bapak aku! Kawan jenis apa kamu ni! Nampaknya korang semua hanya bersama aku
ketika senang bukan ketika susah.Balik lah.Aku tak nak tengok muka kamu semua!
Balik!” Umairah mula menengking mereka semua membuatkan mereka tekejut.
“Mairah apa yang kau merepek ni?” Farah mula merasa
tidak puas hati.
“Mulai hari ni aku keluar dari GS..aku dah tak nak
kawan dengan orang macam kamu lagi!” Aesya memandang muka Umairah yang serius.
“Kau tahu kah….
“Ok..kalau itu yang kau mahu.Kau ingat sini ya Cik
Umairah.Kau jangan cari kami lagi.Kau jangan telefon kami lagi.Kau jangan
panggil-panggil kami lagi.Kau fikir kami tak boleh hidup tanpa kau kah.Eh! Kau
boleh blah la!” Aesya mula naik berang dengan sikap Umairah yang tiba-tiba
berubah sehingga memintas percakapan Farah.
“Yalah Mairah.Kau fikir kami tak boleh hidup tanpa
kau kah.” Farah juga bersuara.
“Aku tak hairanlah.” Umairah menggerakkan kerusi
rodanya masuk ke dalam rumah dan menutup pintu dengan kuat.
“Jom lah kita balik.” Aesya dan Farah mula mengatur
langkah keluar dari halaman rumah Umairah.Izara hanya mampu menggeleng lemah
dan mengikuti langkah mereka.Haiza dan Raini masih terkedu.Diam seribu
bahasa.Tidak percaya.
“Haiza,Raini..jom lah balik.” Akhirnya langkah lemah
di atur oleh mereka berdua.
“Umai kau ok kah ni?” Erni mendekati Umairah yang
sedang menitiskan air mata.
“Aku ok..Aku cuma tak sangka ja.Sekarang aku dah
tahu, kau lah rakan terbaik buat aku.Thanks
sebab ada dengan aku waktu susah.” Umairah tersenyum kelat sambil mengelap air
matanya.
“Sama-sama.Aku kan kawan kau.Mestilah aku ada di
waktu kau susah dan senang.” Erni tersenyum bangga.Akhirnya rancangannya
berjaya.Umairah dah berpisah dengan rakan-rakannya yang poyo.Sekarang dia hanya
perlu menjaga hubungannya dengan Umairah.Salah langkah pasti dia tidak akan
mendapat peluang kedua.
* * *
Mereka semua
terdiam.Tidak tahu mahu cakap apa.Masing-masing bermain dengan fikiran
masing-masing.Aesya mengurut kepalanya yang sedikit sakit.Raini termenung
jauh.Dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.Beberapa kali dia menampar
pipinya untuk menyedarkannya dari mimpi..Namun perkara itu bukan hanya
mimpi.Dia mengeluh.Suasana terasa suram tanpa Umairah di sisi mereka.Hari ini
sudah masuk seminggu kejadian itu berlaku.Farah seperti memikirkan sesuatu
aktiviti yang boleh manghilangkan kedukaan mereka.
“Ha..aku ada cadangan untuk hilangkan kedukaan
kita.” Mata Farah bersinar.
“Apa?” Haiza mula mendekati Farah.Begitu juga dengan
Aesya,Izara dan Raini.
“Kita buat kek!” Nada Farah yang begitu teruja
membeliakkan mata mereka berempat.
Aesya mendekati
Farah.Dia meletakkan tapak tangannya di dahi Farah.Sejuk.Kemudian tangannya
beralih pula ke leher Farah.Sejuk.Farah yang merasa hairan dengan tingkah laku
Aesya menepis tangan kawannya itu.
“Yang kau ni dah kenapa! Buang tabiat kah?!” Aesyah
hanya tersenyum.
“Kami cuma nak pastikan yang kau ni sihat.” Haiza
mula bersuara.
“Kenpa pulak? Aku sihatlah tak demam,”tingkah Farah.
“Yalah..tiba-tiba ja kau ajak kami buat kek..bukan
kau tak suka kah kerja-kerja yang melibatkan dapur ni.” Izara mula menyampuk.
“Ek eleh..itu dulu lah..sekarang ni dah berubah.Aku
nak juga merasa buat kek dengan tangan sendiri.Asyik-asyik korang ja yang buat
untuk aku.Jom lah.Sekarang ni korang kan di rumah aku.Jangan risau semua barang
untuk buat kek telah disediakan.” Farah menereangkan satu persatu.
“Ok.Jom!” Serentak mereka berempat bersorak sambil
memegang tangan Farah dan membawanya ke dapur.
Farah sibuk
mengeluarkan bahan yang diperlukan untuk membuat kek.Izara dan Raini sibuk
memilih barang yang diperlukan untuk membuat cheese cake dan chocolate
cake iaitu kek kegemaran GS.Haiza dan Aesya menunggu untuk di suruh.Mereka
berdua tidak reti sangat bab-bab kek ni.Tapi kalau bab berseni ni..ha..Aesya
lah rajanya.Kalau Haiza adalah sedikit seni yang di tahunya.Projek membuat kek
pun bermula.Raini membuat chocolate cake
manakala Izara membuat cheese cake.
“Wei! Far..apa yang kau buat ni? Ya-Allah kita
bukannya buat cengkodok bawang..kita
ni nak buat kek lah sayang oiii.” Izara menepuk dahinya.
“Erk…Maaf..Jadi kita nak buat lagi lah ni?” Farah
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Tu lah kau Far..tengok macam aku ni..tunggu di
suruh baru aku bergerak tau.Kita ni kena ikut arahan ketua.” Aesya mula
mengusik.
“Yalah..yalah..Jadi nak buat lagi lah ni kan?” Farah
menunjukkan muka yang bersalah kepada Izara.Izara mengangguk.Raini dan Haiza
hanya menahan tawa melihat gelagat kawannya yang satu itu.
“Far…nah ambik kau.” Haiza melemparkan tepung ke
arah Farah.
“Sudah! Sudah! Macam budak…
Kata-kata Aesya
terhenti di situ apabila tepung yang dilempar oleh Izara terkena di
mukanya.Izara membeliakkan matanya.
“Habislah aku..lari..” Aesya mula mengejar
Izara.Raini,Farah dan Izara hanya tertawa melihat adegan itu.Bahagia.Itulah
perasaan mereka saat ini.Walaupun rakan yang lain tiada di sisi mereka namun
mereka tetap bahagia.Perlahan-lahan perasaan duka mula surut di hati mereka.
“Uh! Penat! Akhirnya siap juga kek kita kan.” Mereka semua terbaring kepenatan di ruang tamu
milik Farah.
“Farah!!!!” Terasa gegendang telinga Farah mahu
pecah apabila maknya berteriak memanggil namanya.
“Alamak! Habisalah kita!” Serentak mereka bersuara
dan terus cabut lari ke dapur.
“Dapur ni ada orang nak kemaskan kamu kah?” Mak Cik
Dina mula memandang muka mereka berlima satu persatu.
“Tak ada mak.” Selamba Farah menjawab.
“Jadi sekarang dipersilakan kemas ya.Sekarang!”
Mereka semua terkejut dan bergegas mencapai apa sahaja asalkan tidak kena marah.Mereka
menarik nafas lega apabila mak Farah sudah masuk ke dalam.
“Kau nak buat apa dengan penutup periuk tu Zara?”
Semua melihat ke arah Izara.
“Penutup periuk?” Izara melihat tangannya.Kemudian
dia tergelak.
“Aku tadi nak ambil kain pengelap yang terletak di
sebelah tutup periuk ni tapi tersalah ambil lah pulak.Takkan penutup periuk ni
yang aku nak buat pengelap.” Terus pecah tawa mereka mendengar penjelasan
Izara.
“Ni mesti penangan mak aku ni.Kuat juga ya penangan
mak aku tu.” Sekali lagi ketawa mereka berderai.
“Woi!
Apa yang di gelakkan tu! Buat kerja!” Suara Mak Cik Dina serta merta mematikan
tawa mereka.Terus ligat tangan berkerja.
“Sedap
juga ya kek yang kita buat tu.” Farah bersuara.
“Tengok
tanganlah.” Izara mula meninggi diri.
“Cuba
aku tengok tangan kau ada apa.” Farah mula melawak dengan meneliti tangan
Izara.
“Ada
yang kena penampar ni.” Farah mula mengelak.
“Gurau
bah beb.Tapi tanpa aku kek tu takkan jadi tau.”
“Yalah…yalah.”
Akhirnya Izara mengalah.
Aesya
tersenyum.Begitu juga dengan Raini dan Haiza.Aesya bersyukur kerana dapat
bergembira seperti dulu lagi walaupun ahli GS tidak cukup.Saat ini lah yang
mungkin tidak akan dilupakan olehnya.
* * *
Waktu
begitu pantas berlalu.Sedar tak sedar dah sebulan mereka tidak bertegur sapa
dengan Umairah.Mereka ada juga melihat Umairah yang sedang seronok berjalan
dengan Erni namun itu tidak menghalang mereka untuk terus hidup.Walaupun GS
adalah sebahagian daripada diri mereka.Tak lama lagi semester kedua
bermula.Lepas ni mereka akan berpisah lagi.Sedih.Tapi itulah hakikat yang perlu
mereka terima dengan hati yang terbuka.Umairah memandang kosong gambar yang
terdapat di meja belajarnya.Tiba-tiba hatinya dilanda rasa sedih.Dia memegang
gambar itu kemudian meletakkannya di dalam almari.Tempat gambar itu digantikan
dengan gambarnya bersama Erni.Erni yang melihat situasi itu tersenyum
bangga.Perasaannya saat itu gembira sangat seperti mendapat sesuatu yang di
luar jangkaannya.Dia cepat-cepat meninggalkan bilik itu dan terus ke sofa
berpura-pura tidak mengetahui apa-apa apabila Umairah seperti ingin keluar dari
bilik itu.
“Umai,
are you okay?” Erni berpura-pura
tidak mengetahui apa yang berlaku.
“Aku
ok.Aku cuma sedih ja.Tak lama lagi kau balikkan.” Umairah tersenyum.
“Sedih?
Kau mesti sedih sebab kelmarin kan?” Duga Erni.
“Aku
tengok dorang gembira ja apabila kau tak ada di sisi dorang.Tak payahlah kau
fikirkan sangat.Aku kan ada.” Erni memegang tangan Umairah.
“Entahlah
aku rasa sedih sangat bila tengok dorang macam tu.Aku rasa..aku dah tak
bermakna dah.Walaupun aku marahkan dorang tapi perasaan sayang aku makin
menebal.Hati aku sakit.Aku minta maaf Erni, aku masih tak boleh terima kau
sebagai kawan baik aku.Tapi aku cuba.Aku dah buang semua memori kami
bersama.Kau jangan risau ya.” Erni hanya tersenyum kelat.Dia melihat ada air
mata yang mengalir di pipi Umairah.Tiba-tiba timbul rasa kesal di
hatinya.Namun, serta merta di tepisnya.Dia tak mahu Umairah kembali bersama
dengan kawan-kawannya.Dia perlukan Umairah.Dia harus mempertahankan
persahabatannya dengan Umairah.Ya.Itu yang perlu dia lakukan.
“Aku
minta maaf sebab tak ada masa korang jumpa Umairah hari tu.” Faqiha menunjukkan
muka yang sedih dan kesal.
“Tak
apa.Kalau boleh tak payahlah korang nak cerita pasal hal tu lagi.Aku dah tak
nak ingat semua tu.” Aesya bersuara.
“Aku
cuma tak sangka yang dia sanggup buat macam tu.Kita bersusah payah nak jenguk
dia..dia buat kita macam ni.” Ada nada kesal dalam suara Faqiha.
“Lebih
baik kita berdoa semoga dibuka kan pintu hatinya untuk menerima kita semula.Itu
yang terbaik.” Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan pendapat Haiza.
“Oh
ya..bila kamu berhenti kerja?” Izara bertanya.
“Insya-Allah
minggu depan.Lepas tu kami belanja kamu makan ok.Kita makan ABC.” Aesya
tersenyum.Raini dan Haiza hanya mengangguk bersama dengan senyuman.
“Eh!
Jomlah kita balik.Kepala aku dah pening dah ni.” Izara memegang kepalanya yang
terasa pening.
Mereka
berjalan beriringan menuju ke stesen bas yang menuju ke tempat asal mereka.
* * *
Umairah
mencari-cari kelibat Erni.Dia membuka biliknya.Erni tiada di situ.Apabila sudah
bosan mencari,Umairah akhirnya terduduk kepenatan.Tangannya meraba-raba
tangannya untuk mengambil telefon bimbitnya.Umairah merasa seperti dia
terpegang sebuah buku.Dia menarik buku itu.Tanpa pengetahuan sesiapa, dia
membuka buku tersebut.’Diari Erni,’ detik hatinya.Sampai di suatu muka
surat,matanya terpaku.Dia bagai tak percaya apa yang dibacanya.Air mata mula
menitis.
Baju
yang dipegang oleh Erni jatuh di lantai.Mukanya pucat.Umairah memandang muka
Erni dengan muka yang serius.Matanya berair.
“Umai…aku..
“Aku
silap Erni.Aku silap.Kau tahu Erni,aku tunggu kau sms aku masa kau di KL.Aku
tunggu kau.Apabila aku buka facebook
kau,banyak gambar kau dengan kawan-kawan baik kau.Hati aku sakit sangat.Sakit
sangat.Sampailah dorang datang dalam hidup aku.Hati ku terubat sikit.Sampai
hati kau Erni..Aku percaya kau tapi ini balasan kau dengan aku.Kau pisahkan
kami.I hate you! Aku tak suka kau!
Apa salah aku? Aku harus cari dorang.” Dengan air mata yang membasahi pipi
Umairah mencapai kunci keretanya dan terus meluru keluar dari rumah.
“Umai..tunggu!
Aku boleh explain.” Erni mengejar
Umairah.Apabila dia sampai di pintu,kereta Umairah sudah bergerak meninggalkan
perkarangan rumahnya.Erni bergegas mengekori kereta Umairah.
“Aku
minta maaf Iesyah,Haiza,Raini,Qiha,Farah dan Izara.Aku minta maaf.Aku
salah.Ya-Allah apa yang aku buat ni! Apa yang aku buat ni!” Umairah mula
memekik bersama dengan tangisannya.
“Ok
Kak Laila…kitorang nak jalan dulu..terima kasih lah sebab sudi terima kami
berkerja di sini..kami minta maaf kalau kami banyak salah sepanjang kami
berkerja di sini.” Aesya memberikan senyuman yang manis kepada Kak Laila.
“Tak
ada hal lah.Nanti kalau ada cuti dan kamu balik sini,kerja lah lagi di sini
ya.” Kak Laila memegang tangan Aesya.
“Insya-Allah
kak.Kami gerak dulu.Terima kasih gajinya.” Mereka semua menyalami tangan Kak
Laila.
“Mairah…”
Nama yang keluar dari mulut Haiza mengejutkan mereka semua.Mereka memandang ke
arah tubuh kaku yang sedang berdiri di hadapan mereka.
“Kau
ni dah kenapa Mairah? Mata mu tu merah sangat.Jangan-jangan dia kena sampuk
tak.” Farah mula berundur ke belakang.Umairah masih berdiam sambil menahan
tangis.
“Jom
lah kita jalan.” Aesya mengajak.
“A..ku..min..min..ta
maaf.” Akhirnya Umairah bersuara dan menghentikan langkah mereka.
“Mairah
kau ok kah?” Faqiha mendekati Umairah.
“Aku
salah Qiha..Aku salah..aku..
“Tak
payah lah kau nak bagi alasan.Kau tahu tak Umairah..dah berapa kali kau sakit
kan hati kami terutamanya aku,Haiza dan Raini.Kau dah banyak tipu kami.Masa
kita nak keluar membeli belah dulu kau cakap kau tak boleh ikut sebab mak kau
sakit..kitorang terima.Kitorang nampak kau keluar dengan Erni tapi kami
diam.Lepas tu masa hari kau kemalangan kau bagi tahu yang kau nak temankan mak
kau pergi shooping dan kau balik
awal.Kau nak tahu apa mak kau bagi tahu kami.Mak kau bagi tahu yang mak kau tak
pergi mana-mana hari tu.Kau tipu kami lagi.Kami terima.Dah lah keluar hospital
tak bagi tahu kami..kau blah macam tu ja..sekali kami datang kau terus marah kami
tanpa sebab..kau halau kami..dan sekarang…
“Aku
yang buat semua tu Iesyah.” Erni yang tiba-tiba muncul mula bersuara.
“Eh!
Dia ni lagi.” Farah mula bersuara.
“Aku
yang sms Raini bagi tahu semua tu.Aku bagi tahu yang mak Umai sakit.Aku tipu Umai dengan bagi tahu
yang mak dia minta teman untuk shooping.Aku
hasut mak Umai supaya tak benarkan kamu lawat Umai.Aku bagi alasan dengan mak
Umai yang Umai akan terganggu dengan kehadiran kamu semua.Mak Umai ikut cakap
aku.Lepas ja Umai sedar,aku bagi tahu dia yang korang semua tak pernah lawat
dia di hospital.Aku bagi tahu Umai korang cuma ingat kerja ja untuk cari
duit.Kamu yang berhentikan dia.Aku ja yang jaga dia siang dan malam tanpa
henti.Aku minta maaf.Aku tahu aku keterlaluan.Aku buat semua tu…
“Kau
ni memang tak pernah rasa penumbuk kan..aiiii..geram pulak hati aku ni.” Farah
mula menggulung lengan bajunya sampai ke siku.
“Far..teruskan
Erni..” Faqiha melihat ke arah Erni.
“Aku
buat semua tu sebab aku cemburu tengok Umai kawan dengan kamu sedangkan aku..tak
ada siapa yang nak kawan.Aku sanggup buat semua tu.Aku tahu Farah aku layak nak
terima penumbuk kau.Kau tumbuk lah aku!” Air mata Erni semakin deras.
“Ini
yang aku tunggu dari dulu ni.Kejap aku datang dekat kau ya.” Tangan Farah
ditahan oleh Raini.
“Kau
ni kenapa pulak? Dia dah bagi lampu hijau dah tu.” Raini memandang Farah dengan
muka yang serius.
“Ok
lah..fine..aku diam.” Akhirnya Farah
mengalah.
Aesya
ingin melangkah ke tempat lain.
“Iesyah..tolong
lah maafkan Mairah.Kalau kau benci aku pun aku tak kisah tapi kau tolonglah
jangan benci dia.Dia tak bersalah Iesyah,”rayu Erni.
“Yalah
Iesyah..jangan diikutkan sangat ego kau tu.Sedangkan Nabi ampunkan umat apa
lagi kita hamba Allah yang penuh dengan dosa ni.” Faqiha bersuara.
“Kami
setuju.Semua manusia lakukan kesilapan.Kita tak ada hak nak menghukum
Mairah.Tolonglah maaf kan Mairah..Iesyah.” Haiza pula merayu.
“Kau
tolonglah ingat GS..kau nak kah GS berakhir..kau nak!” Izara berdiri.
Aesya
memandang ke belakang.Dia berjalan mendekati Umairah.
“Ini
yang buat aku lemah ni.Aku benci kau Mairah.” Umairah tersenyum dan terus
memeluk Aesya.Mereka semua berlari mendapatkan Umairah dan Aesya.Mereka juga
saling berpelukan.Ada sedikit tangisan kedengaran.
Kak
Laila dan Erni tersenyum.Ada sedikit kelegaan di hati Erni.
“Aku
lega.Aku minta maaf sekali lagi ya.Umai,terima kasih sebab sudi jadi kawan aku
walaupun tak rapat.Aku dah nak balik.Nanti kita jumpa lagi.” Erni menghulurkan
tangan untuk bersalam.
“Aku
maafkan kau.Thanks arr..sebab kau
sudi jagakan dia.” Aesya menyambut salam yang dihulurkan oleh Erni dengan
senyuman.
“Aku
pun maafkan kau.” Umairah juga menghadiahkan senyuman ikhlas kepada Erni.
Selepas
bersalam dengan semua orang,Erni terus bergerak mendekati keretanya dan memecut
kereta BMW miliknya.
“Alhamdulilah..semuanya dah
selesai.Akhirnya kita bersatu semula.Jom kita pergi pantai lepas tu pergi makan
ABC.” Ajakan Faqiha dituruti oleh mereka semua.Selepas meminta izin dengan Kak
Laila.Mereka pergi ke pantai yang tidak jauh dari tempat butik Kak Laila.
“Raini,
buku memory kita ni dah lama aku
simpan.Nah! Aku nak bagi balik.” Haiza menghulurkan buku kepada Raini.
“Rupanya
buku ni dengan kau.Lama dah aku cari.” Raini meletakkan bukunya di dalam beg
sandangnya.
“Cantik
kan kapal tu.” Mereka semua melihat ke arah sebuah kapal yang Umairah tunjuk.
“Iesya…”
Raini bersuara.
“Emmm.”
“Kau
rasa Mirna akan datang balik dengan kita kah?” Tanya Raini.
“Entahlah
Raini.Kalau dia masih ingat dengan kita,masih sayangkan kita.Aku yakin suatu
hari nanti dia akan muncul juga.Kita tunggu dan lihat lah.” Hanya itu yang
dapat Aesya nyatakan.
“Kalau
dia tak balik?” Raini masih tidak berpuas hati.
“Dia
dah lupa GS lah tu,” jawab Aesya.
“Siapa
kata aku dah lupa GS.” Suara yang datang dari arah belakang membuatkan mereka
memandang ke belakang.
“Mirna!”
Serentak mereka bersuara dan terus meluru memeluk Mirna.
“Wei!
Aku dah lemas ni.Dah lah badan aku ni kecik.” Mereka meregangkan pelukan
mereka.
“Eh!
Maaf-maaf.Tu lah kau kurang kalsium tapi lebih lemak..hahaha.” Gurau
Farah.Sebuah cubitan hinggap di lengan Farah.Farah menggosok tangannya yang
terasa pedih.
“Tapi
cubitan masih lagi berbisa ya.” Mereka semua ketawa.
“Aku
fikir kau dah lupa dengan kami.Nah! Buku memory.Kau
ja yang belum lakar sejarah di buku ni.Kami semua sudah.” Raini menyerahkan
sebuah buku kepada Mirna.
“Mana
boleh aku lupa.Aku rinduuuuu betul ni.” Mirna meletakkan buku yang di beri ke
dalam beg sandangnya.
“Alang-alang
Mirna ada..jom kita makan ABC ramai-ramai.Haiza,Raini dan Aesya yang belanja.”
Izara tersenyum lebar sambil mengangakat keningnya.
“Wow..untungnya
aku…baru ja datang dah di sponsor..bertuah
betul aku.Jom lah naik kereta aku.” Mirna mengatur langkah ke arah keretanya.
“Ok
jom.Separuh ikut Mirna..separuh ikut Mairah ok.” Mereka semua mengangguk.
Kereta
dipandu meninggalkan pantai yang indah pada petang itu.Hari ini adalah hari
yang paling bahagia dalam hidup mereka.Semua ahli GS sudah
berkumpul.Lega.Gembira.Sedih.Semua perasaan bercampur.
‘Persahabatan
yang sejati akan membawa keindahan yang abadi…sesungguhnya persahabatan itu
lebih unggul daripada percintaan..tanpa persahabatan percintaan akan
berakhir..tetapi tanpa percintaan..persahabatan boleh kekal.Ya-Allah aku
bersyukur kerana kau kurniakan aku kawan sebaik mereka ini.Aku
bersyukur.Kekalkan persahabatan kami ini ya-Allah sehingga ke akhir hayat
kami.Amin.’ Umairah berdoa dalam hati dengan senyuman yang mekar sambil mata
fokus ke arah pemanduannya.
* * * TAMAT * * *